skip to main | skip to sidebar

Owner's Note

My Photo
Segalanyacinta
New in blogging..Im here just having my thoughts all about LOVE..Everything published in this blog just about Love, nothing else..LIVE YOUR LIFE WITH LOVE
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Love Notes

  • ▼ 2011 (3)
    • ▼ October (3)
      • Lelaki berusia, bolehke bercinta dengan mereka?
      • Cinta yang hakiki...
      • Love

Love Notes Darling

Labels

  • Cinta kepada Allah (1)
  • Kekasih (1)
Powered by Blogger.

Everything about Love

Monday, 17 October 2011

Lelaki berusia, bolehke bercinta dengan mereka?

Orang kata cinta tak kenal usia, ye dak?
Yelah, orang dolu2 pun kahwin beza jugak usia diorang..
Macam kita ni, bukannya apa, kita boyfren pun takdo,
tapi kita berkawan dengan orang yang berusia nih...

Bagi kita, takda salahlah bercinta dengan orang berusia..
In fact, diorang lagi matang daripada yang sebaya kita..
Kita ni jenis suka lelaki yang lebih tua dari kita..
Sebab kita rasa mereka lagi matang dan bukan jenis yang tacink2...
Beza dengan lelaki sebaya, asyik2 tacink, asyik2 tacink, bosan kita..
Ingat diorang tu budak kecik nak kita pujuk2..
Eh, g jalan da...

Source: MR Google
Lelaki yang berusia ni satu jenis yang matang fikirannya..
Ape-ape hal dia akan fikir dulu sebelum bertindak..
yelah, orang berpengalaman kan? :)
Lagi satu, diorang ni jenis yang tak kongkong asalkan pandai jaga diri..
Bukan jenis cemburu buta macam lelaki sebaya..
Kita nak sembang dengan kawan laki pun tak boleh.
Sebab tu kita lebih selesa dengan lelaki yang lebih berusia..
terpulang pada orang nak cakap ape pun...
Yang pasti setiap orang ada taste masing-masing..

Bukan taste kita suka orang yang tua cuma kita suka orang yang lebih berusia daripada kita..
Sebab kalau boleh, kita nak lelaki yang bimbing kita bukan kita yang kena bimbing lelaki tu..
Lelaki kan pemimpin, kalau kita yang pompuan ni pimpin, macam QUEEN CONTROL la pulok..

p/s: Jodoh itu ketentuan Illahi, Cinta itu juga kurniaan Illahi.. :D
Posted by Segalanyacinta at 08:24 0 comments
Labels: Kekasih

Friday, 14 October 2011

Cinta yang hakiki...

Assalamualaikum..

Manusia seringkali mencari cinta sejati..
Mereka mencari-cari sehingga menggadai diri..
Cinta sejatikah itu jika sampai membunuh diri?
Cinta sejatikah kalau sampai buang keluarga?
Cinta sejatikah kalau sampai gadai diri?
Fikirlah dulu sebelum buat sesuatu...

Allah itu cinta yang sejati, cinta yang hakiki..
Dia tak pernah susahkan hati kita..
Dia tak pernah kecewakan kita..
Dia tak pernah buat kita merana..
Dia tak pernah buat kita menderita...

Kadang-kadang kita tak ikut perintah Allah..
Allah suruh kita solat, tapi kita tinggalkan solat..kita kata tak sempat..
Allah suruh kita buat baik dengan mak ayah, tapi kita lawan cakap mereka..
Allah suruh kita puasa, tapi kita kata tak tahan lapar..
Allah suruh kita tutup aurat, tapi kita kata tak sampai seru...
Allah suruh kita baca al-Quran, tapi kita kata takda masa..

TAPI, cuba kita mintak kat Allah supaya makbulkan doa, pasti Allah tidak akan menolaknya..
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengampun...
Walaupun besar dosa yang kita buat, tapi Allah tetap sayang kita.

Cuba kita lihat, kita tidur je tanpa solat isyak,
tapi, esoknya kita masih hidup..
Kenapa? Sebab Allah nak bagi peluang kat hamba-Nya untuk bertaubat dan qada balik solat yang tinggal..

Kita mintak macam-macam kat Allah, Allah sentiasa bagi sama ada cepat atau lambat..
Cuba kita tengok balik, Allah perintah kat kita sikit je, tapi KENAPA tak boleh buat pulak?
Yang kita ni tak ikut perintah Allah tapi bila susah kita mintak tolong Allah jugak kan?
Itulah manusia, serba kekurangan..takda yang sempurna melainkan Allah..

Jadi, cintailah Allah sebelum kita mahu mencintai orang lain..
Andai kita dapat cinta daripada Allah, insyaAllah, pasti cinta dari manusia akan menyusul.
Allah itu pemilik segala rasa cinta..
Mana mungkin Dia akan bagi cinta kepada kita jika kita tidak mencintai-Nya...

p/s: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mencipta sekalian umat manusia, maka pupuklah rasa cinta dan kasih kami sebagai hamba-Mu kepada diri-Mu yang Esa agar kami mendapat cinta dan kasih daripada umat manusia. Ameen..
Posted by Segalanyacinta at 00:04 0 comments
Labels: Cinta kepada Allah

Wednesday, 12 October 2011

Love

Assalamualaikum and hello everybody..

Making up this blog is just fill up my pastime...
I just want to share everything i know about love..
Because our life are surrounded by love...
Love to Allah, love to Rasulullah, love to family, friends and anybody else...

Love has a wide meaning...
Doesn't means when we talked about love it is just about our boyfriend/girlfriend.
Please open your mind..
Love love and love..

p/s: sometimes people live because of love and sometimes there are people dead because of love..
Posted by Segalanyacinta at 20:36 0 comments
Subscribe to: Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod